Saturday, August 21, 2010

Kolokium PPP

Hari sabtu iaitu pada 21 Ogos 2010 pihak PPP telah mengadakan KOLOKIUM yang bertempat di bilik C14 ( Bilik Kegiatan Pelajar ). Kolokium itu ternyata berjaya menarik minat semua Exco PPP untuk menyertai kolokium itu.

Dalam kolokium ini, terdapat seramai 10 orang Exco PPP yang telah menyertai perbahasan. Mereka terdiri daripada :-

  1. Muhamad Zutarmizi Bin Zurani ( Pengerusi )
  2. Khairi Hanis Bin Abd. Ghani ( N. Pengerusi 1)
  3. Siti Nor Maisarah Bt. Raselan ( Setiausaha 2 )
  4. Mohd Zulkifli B. Sidin ( Biro Sukan & Kebudayaan )
  5. Mohd Faiz B. Rameli ( Biro Multimedia )
  6. Adib B Abd. Rashid ( Biro Inovasi & Keusahawanan )
  7. Mohd Faisal Hazerie B. Umar ( Biro Inovasi & Keusahawanan )
  8. Kamal Arif B. Ismail ( Biro Akademik Pendidikan ) 
  9. Abdul Hakim B. Yusri ( Wakil Kursus SPP/SPK)
  10. Ahmad Naim B. Abd. Aziz ( Wakil Kursus DPM )
 Banyak yang telah diperkatakan oleh mereka tentang usul perbahasan sejajar dengan tagline PPP iaitu "Transformasi Ke Arah Kecemerlangan" .  Transformasi ke arah kecemerlangan didefinisikan sebagai melakukan sesuatu perubahan dari sesuatu yang lama kepada yang baru bagi meningkatkan mutu pengurusan PPP, menggalakkan perubahan ke atas sesuatu aktiviti yang dijalankan supaya lebih efektif dan menarik, merancangan keperluan aktviti yang dapat mencapai matlamat jangka panjang dan pembangunan insaniah serta personaliti dapat dipertingkatkan ke aras yang lebih tinggi.

Antara aspek-aspek yang telah dibincangkan pada kolokium itu adalah seperti berikut :-

  1. Cara pemakaian formal pelajar perdagangan PKB ke kuliah
  2. Pemakaian blazer setiap hari isnin
  3. Pemakaian batik setiap hari khamis
  4. Hari Anugerah Ketua Jabatan
  5. Hari Jabatan Perdagangan
  6. Memperkenalkan PPP kepada pelajar melalui penerbitan Buletin dan Blog
  7. Merancangkan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan perhubungan yang erat antara Exco PPP dan pelajar Perdagangan
  8. Merancang program Dialog Bersama Pelajar yang bertujuan untuk megetahui permasalahan pelajar, untuk mendekatkan pelajar dengan PPP dan sebagainya.
Penggulungan Kolokium

Kolokium ini telah berjaya diadakan dengan jayanya dan berjalan dengan lancar sejajar dengan hala tuju PPP dalam memberi manfaat kepada pelajar perdagangan. oleh itu, keputusan telah dibuat secara adil dan saksama serta untuk kepentingan pelajar perdagangan PKB.











No comments:

Post a Comment