Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010




SALAM MUHIBAH,



Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin diucapkan kepada seluruh warga PKB khususnya kepada semua pelajar dan pensyarah di Jabatan Perdagangan. Berakhir sudah RAMADHAN, kini tiba pula SYAWAL yang mulia. Semoga ibadat yang telah dijalankan oleh kalian semua diterima baik oleh-NYA. Sesungguhnya, HARI RAYA bukan sahaja untuk meraikan hari raya atau hari kemenangan bagi umat islam yang telah berpuasa selama sebulan, tetapi untuk kita mengambil pengajaran dan sentiasa mengingatkan diri bahawa, tidak semua insan dapat meraikan syawal yang mulia ini dengan meriah. Ada juga dintara kita sedang menderita dan tidak berkemampuan. Oleh itu, dalam kita menyambut syawal yang bahagia ini, janganlah kita lupa kepada insan-insan yang kurang bernasib baik. Hulurkan sedikit bantuan agar senyuman tetap terukir di wajah mereka meskipun dalam keadaan yang tidak mengizinkan.

Pastinya juadah yang terhidang juga amat menyelerakan, disamping itu pakaian juga serba baru. Menyambut hari raya juga bukan bererti semua yang disediakan mestilah baru, jika yang lama masih boleh dipakai, gunalah ia sebaik mungkin. Amalan membazir amatlah tidak digalakkan dalam agama islam, oleh itu, berjimat cermatlah dalam berbelanja.

Jangan lupa menziarahi pusara orang-orang tersayang yang telah lama meninggalkan kita. Sedekahkan lah AL-FATIHAH kepada mereka agar mereka tenang berada "di sana".

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"
  
sama-samalah kita menghayati lagu raya dari 

DJ DAVE - MENJELANG HARI


P/S : Raya, raya lah jugak... jgn lupa tugas kita sebagai pelajar... BYK TUGAS YG MENANTI SELEPAS RAYA ... >_<

No comments:

Post a Comment