Thursday, September 2, 2010

SUMBANGAN ANAK YATIM - part 1 -


Pihak PPP telah menganjurkan satu program yang dinamakan Sumbangan Anak Yatim pada 30 ogos 2010 iaitu hari isnin yang lalu. Program ini bertujuan bagi membantu pelajar-pelajar yang terpilih iaitu seramai 3orang untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka. program ini juga disertai seramai 11 orang yang terdiri daripada PPP dan JPP, manakala beberapa orang pensyarah juga turut serta di dalam program ini.

Penerima Sumbangan Pertama

Noraida Hidayah, 21 Tahun

Saat mengemaskinikan blog ini, gadis yang bernama Noraida Hidayah telah pun kembali ke Rahmatullah pada petang 30 Ogos 2010. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas rohnya... Al-Fatihah.....

Kami disini ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah Noraida Hidayah, semoga mereka tabah dan kuat dalam menghadapi ujian dari-Nya. Sesungguhnya, Allah lebih menyayangi beliau, kami sempat menziarahinya pada jam 9.30pagi pada hari yang sama beliau meninggal dunia, berita yang amat mengejutkan dari keluarga beliau yang mengatakan bahawa beliau telah meninggal dunia. Beliau telah disahkan menghidap penyakit Kanser Ovari yang pada itu sudah berada pada tahap kritikal, beliau mendapat khabar sedih ini semenjak berumur 18tahun, pada usia yang muda itu beliau terpaksa menggalas satu beban yang amat berat untuk ditanggung oleh gadis belia seperti beliau. Beliau dikehendaki melakukan rawatan terapi untuk merawat penyakit beliau, pembedahan juga turut dijalankan. Sebagai anak sulung, beliau pastinya mempunyai harapan dan cita-cita untuk membantu mengurangkan bebanan ibubapa nya apabila dewasa kelak, tetapi apakan daya bahawa Allah lebih menyanyangi beliau.

Di sini terdapat beberapa gambar yang sempat dirakam semasa menziarahi beliau























No comments:

Post a Comment